Website Loader
Vimeo Youtube
Kami menerokai pelbagai ruang penggunaan NFC Tag

Tentang
Kami

PENGENALAN

OOS SYNDICATE

merupakan sebuah perniagaan berasaskan teknologi maklumat.

PROFILE LENGKAP
PROFILE SYARIKAT

TENTANG KAMI

PENGENALAN

OOS Syndicate telah didaftar dengan pendaftar perniagaan pada 11 Mac 2013. Dengan lokasi yang strategik di utara Malaysia iaitu di Alor Setar, ia merupakan akses penting untuk perniagaan ini berfungsi secara berkesan dan memberi perkhidmatan secara terus kepada pengguna di Utara amnya.

OOS Syndicate menyediakan jalan terbaik dalam penyelesaian perisian, dan mempunyai kepakaran dalam pembangunan serta penyediaan produk teknologi maklumat yang berkualiti tinggi serta dengan kos yang berpatutan. Perniagaan utama kami adalah teknologi perisian (Software Technology) dan teknologi komunikasi (Communication Technology).

VISI & MISI

Matlamat Syarikat

Senantiasa menitikberatkan aspek kebolehgunaan, kualiti dan keselamatan . . .

NFC Malaysia | Near Field Communication

Visi & Misi

OBJEKTIF

Senantiasa menitikberatkan aspek kebolehgunaan, kualiti dan keselamatan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Mengutamakan permintaan pelanggan serta berusaha membantu pelanggan sebaiknya. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang kompetitif dan berdaya saing.

VISI - Menyediakan perkhidmatan pembekalan kepada kementerian, jabatan kerajaan, badan berkanun dan agensi berkaitan dengan Kerajaan Malaysia.

MISI - Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing selaras dengan matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya.

MAKLUMAT SYARIKAT

OOS SYNDICATE

Maklumat lengkap Syarikat

PENGURUS

Maklumat Latar Belakang

Biodata Pengurus bahagian OOS SYNDICATE

NFC Malaysia | Near Field Communication

PENGURUS BAHAGIAN

MOHD FAIRUZ BIN ABD RAHMAN

Pemilik dan Pengaturcara - Bermula kerjaya sebagai pengaturcara perisian dibeberapa syarikat berpangkalan di Kuala Lumpr. Menamat pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Perisian sehingga tamat tahun 2003 di kolej swasta Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia. Mempunyai minat mendalam dalam bidang teknologi komputer seawal usia 12 tahun. Mahir dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan samada web, mobile mahupun aplikasi (stand-alone).

FIRDAUS ABD RAHMAN

Pengurus Operasi - Membantu di dalam operasi syarikat dan merupakan tunjang syarikat dalam bidang pengurusan dan pentadbiran hal-hal ehwal pekerja. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Amman, Jordan di dalam jurusan Syariah pada tahun 2001. Berpengalaman di dalam bidang pemasaran, penggambaran dan pengurusan acara. Menceburi bidang ICT sejak IT berkembang seawal tahun 1999.

PERKHIDMATAN

Maklumat Ringkas

Skop dan Sasaran Perkhidmatan yang ditawarkan oleh OOS SYNDICATE

NFC Malaysia | Near Field Communication

PERKHIDMATAN

PEMBANGUNAN

Sistem perisian samada web-based
ataupun stand-alone (install) mengikut permintaan pelanggan
Integrasi mana-mana modul MyMobile samada MySMS, MyApp, MyMMS mahupun MyUSSD kepada agensi kerajaan Pembangunan sistem Intranet untuk kegunaan dalaman agensi mahupun syarikat Pembangunan aplikasi Mobile untuk IPhone OS, Android dan Windows Mobile Laman web samada secara static
mahupun dynamic dengan teknologi terkini seperti HTML5, JQuery, PHP, ASP, ASP.NET, AJAX dan lain-lain.

PEMBEKALAN

Membekal komputer desktop atau komputer riba (laptop) Membekal dan membuat pemasangan ke atas peralatan rangkaian samada rangkaian kabel atau rangkaian tanpa wayar Membekal perisian untuk digunapakai bersama dengan komputer Memasang sistem sekuriti
- Finger Thumb Technology
- Face Recognition Technology
Menyediakan serta membekal platform untuk peralatan NFC (Near-Field Communication). NFC SmartPoster, NFC TravelTag

PENGALAMAN

HASIL KERJA

Senarai Hasil Kerja dari perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh OOS SYNDICATE

NFC Malaysia | Near Field Communication

JADUAL PENGALAMAN KERJA

Laman Web Aplikasi Komputer Aplikasi Mobile
Pembangunan serta penyelenggaraan Laman Web
agensi kerajaan

Membangunkan aplikasi web-based Sistem Pemantauan Projek (SPP) untuk kegunaan Jabatan Bekalan Air Pahang (kini dikenali sebagai PAIP)

Membangunkan aplikasi web-based Sistem E-Bil untuk kegunaan Bahagian Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Membangunkan aplikasi web-based Sistem Semakan Tarikh Tribunal Perkahwinan untuk kegunaan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Hulu Langat, Selangor

Membangunkan aplikasi mobile dengan nama TeroosMY untuk kegunaan syarikat dalam menghasilkan aplikasi bersifat 'Data Mining'.

Membangunkan laman web kegunaan TeroosMY atas nama www.teroos.my dengan paparan versi penuh web ataupun versi mobile.


 

  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil(RISDA)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
  • Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
  • Medan Infodesa
  • Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Pembangunan serta penyelenggaraan Laman Web sektor swasta atau orang perseorangan
  • Syarikat Oilfield Technical Inspection Sdn Bhd
  • Biografi ’A Glimpse of Makkah’
  • Lembaga Tabung Haji Jeddah

Border

NFC Tag dan kemampuannya

Bottom

NFC Tag
& Fungsi

Konsep Ringkas NFC

NFC - Near Field Communication

Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm).

Apa Itu NFC?

Maklumat Asas

Antara dua medium iaitu medium aktif dan medium pasif NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan penerimaan data.

NFC Malaysia | Near Field Communication

MEDIUM PENGHANTARAN NFC

Jenis Penghantaran & Penerimaan Data Melalui NFC

Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini, komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium seperti kad ataupun tag (medium pasif).

Melalui jenis ini, kitaran penghantaran data yang berlaku adalah seperti berikut:

- Kad yang mempunyai cip memori NFC (kad ini juga dikenali sebagai NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan operasinya. Bergantung kepada jenis memorinya sama ada data di dalamnya boleh dipadamkan/ditulis semula atau tidak.

- Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. Gelombang yang dipancarkan akan mengaktifkan NFC Tag tersebut.

- NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar

NFC Peribadi

Mudah dan Cepat

menggunakan SmartPhone anda yang telah dilengkapi fungsi NFC anda boleh programkan sendiri NFC tag dengan pelbagai arahan yang anda suka.

NFC Malaysia | Near Field Communication

Pelbagai Program NFC

NFC tag akan bertindakbalas apabila telefon anda menyentuh Tag berkenaan. Antaranya:

PANGGILAN - Membuat panggilan terus ke Nombor yang anda tentukan(berguna untuk anda lekatkan NFC tag didalam kereta bagi memudahkan panggilan ke nombor penting dihubungkan tanpa menggangu pemanduan anda)

vCard - Menyalin maklumat Buku Telefon anda kedalam Telefon orang lain.

MEDIA - untuk kegunaan peribadi bila mana anda mahu tidur, memandu, atau dimana saja, programkan NFC tag untuk memainkan apa saja senarai lagu pilihan annda dengan pantas.

MEDIA SOSIAL - Anda boleh mudahkan rakan, pelanggan atau sesiapa sahaja berhubung dgn media sosial anda. dengan pelbagai fungsi yang boleh diprogramkan seperti Like!, CheckIn, Komen, Share.

PHONE PROFILE - Adakalanya pengguna SmartPhone terlupa mematikan bunyi dan menggangu ketika berada di sesuatu tempat seperti Bilik Mesyuarat, Ruang Solat dan sebagainya. Anda juga boleh programkan pelbagai arahan seperti menukar bunyi lagu, Kunci Jam, Aktifkan Getaran dan pelbagai.

Dan banyak lagi penggunaannya serta pelbagai Aplikasi percuma yang boleh dimuat turun setiap masa.

NFC Perniagaan

Mendekati Pelanggan

Anda hanya perlu kenalpasti keperluan pelanggan dan permudahkan menggunakan NFC

NFC Malaysia | Near Field Communication

NFC PERNIAGAAN

Bagaimana?

Fungsi nya sama seperti penggunaan peribadi, ianya berbeza dari segi Kawalan keselamatan yang bermaksud NFC Tag yang diprogramkan perlu di Kunci supaya tidak diubah oleh Pihak lain

Anda boleh menggunakan dalam apa saja keperluan selagi ianya memudahkan kerja anda dan memudahkan urusan pelanggan anda.

Selain menyalin data perhubungan, Pautan ke Halaman Media Sosial, anda juga boleh menjadikan NFC satu cara mengurangkan karenah birokrasi ditempat kerja

NFC Pemasaran

SmartPoster

kebanyakan negara luar sudah mula menjadikan SmartPoster sebagai medan baru untuk menjadikan iklan mereka lebih bijak dan cekap menyalurkan maklumat.

Bentukanya yang nipis, memudahkan ianya ditampal dibelakang poster atau banting, tanpa menjejaskan bentuk permukaan bahan cetak tersebut. NFC Tag boleh diprogramkan mengikut senarai seperti berikut:

BASIC ACTION
Pilih salah satu sahaja dari kategori ini
 
vCard - mengandungi Nama, Alamat,Telefon, eMail,Website
CALL - Membuat Panggilan ketalian Pejabat, Hotline, Service, Tol Free
SMS - Menghantar sms dengan kandungan mesej Pendaftaran, Aduan
EMAIL - mengirim email kealamat yang ditentukan
Youtube - menayangkan video yang dipilih terus dari Youtube



 

Facebook - Like!
Download - App , Lagu, Video, Pdf
Map - Direction atau peta lokasi tertentu
Event - Tarikh sesuatu majlis
Website - Link url
WIFI - menyambung perkhidmatan wifi (Restoran, Pejabat)
*Pilihan ini membenarkan anda programkan didalam NFC tag sekali sahaja dan tidak boleh diubah kandungannya.
 

Untuk tidak mengecewakan pelanggan, kami telah merekacipta dan mengubahsuai keatas NFC Tag ini agar dapat memuatkan pelbagai isikandungan selain dari salah satu diatas dengan fungsi SmartPoster Action yang boleh anda pilih dengan seberapa banyak yang diperlukan dan boleh diubahsuai pada bila-bila masa. Antara kandungan SmartPoster Action yang boleh dimuatkan dan tiada had :

SMARTPOSTER ACTION
CALL
SMS
EMAIL
Youtube
 - Subscribe Channel
 - Video
 
Facebook
 - Like Page
 - Comment
 - Check in
 - Event
 - Invite
 - Share
 
WebSite
 - Target Url
 - Rss
 - Form Application
 
Poll
 
 
Download
 - App Iphone
 - App Market Android
 - App Ovi Store
 - App Windows Phone
 - App Blackberry
 - Fail Lagu
 - Fail Video
 - Fail Pdf
 - Fail Gambar
 

Map
- Peta Cawangan Lebih dari satu)
- Peta lokasi (Lebih dari satu)
- Peta Pelancongan (Lebih dari satu)
- Peta Lokasi utama ( Satu sahaja )
- Peta Laluan - Driving Direction ke lokasi
- Peta Jalan kaki - Walking Direction ke lokasi
- Hantar Peta kepada rakan ( Facebook )

Presentation
 - Slide Gambar - Katalog dll

 

Berikut adalah contoh-contoh bagaimana SmartPoster dan NFC Tag digabungkan.

 

*Menghubungkan pelanggan dengan Platform Media Sosial

 

*Navigasi laluan kelokasi tertentu dengan lebih mudah dan cepat

 *Menawarkan pelbagai Kuiz dan peraduan melalui SmartPoster

 

*Juga boleh menyambungkan perkhidmatan WIFI tanpa memerlukan bantuan katalaluan

NFC Informasi Awam

SmartPoster bukan Kategori Perniagaan

Seperti maklumat Aduan, Pendaftaran, Jemputan yang dari Jabatan Kerajaan untuk orang Awam

TEMPAHAN NFC Tag // Borang

TEMPAHAN
NFC Tag

Pilih kategori

Pastikan anda faham mengenai Jenis NFC Tag dan Program yang dikehendaki untuk dimuatkan, sekiranya anda mempunyai pertanyaan sila ajukan kepada pihak kami untuk bantuan nasihat

Maklumat yang telah dilengkapkan akan disemak terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya. pihak kami akan membuat Pengesahan "Code dan Action" sebelum di masukkan kedalam NFC Tag

Borang Online masih dalam pembinaan - Platform Email disediakan buat masa ini

Camera
Check Out Our Services

NFC BASIC

Arahan Data Terhad

Pilihan ini membenarkan anda programkan didalam NFC tag sekali sahaja dan tidak boleh diubah kandungannya

Camera
Check Out Our Services

NFC SMARTPOSTER

Pelbagai Arahan Data dan Tapak Web

Lebih dari satu arahan boleh dimuatkan dan tiada had selagi anda mahu. dan boleh diubahsuai pada bila-bila masa

Camera
Check Out Our Services

Photography

We love design

Sociis odio eu diam augue, adipiscing aliquet enim, magnis integer, porta amet eros aliquet parturient ac scelerisque!

See Portfolio

Contoh

SmartPoster

NFC Tag